Wednesday 28 March 2012

SISTEM MODULAR TINGKATAN ENAM


Mulai tahun 2012 , KPM akan melaksanakan sistem baru  dalam penilaian calon peperiksaan STPM. Penilaian ini akan menggabungkan keputusan kumulatatif tiga penggal  , iaitu Pentaksiran  Berasaskan Sekolah (PBS) yang membawa 20% hingga 40%markah, manakala peperiksaan akhir dengan 60% hingga 80% markah. Keputusan penuh STPM itu turut mengambil kira tiga bentuk kerja kursus iaitu projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar.
                 Peperiksaan bagi menilai pencapaian pelajar pula diadakan setiap akhir penggal, iaitu penggal pertama pada November tahun pertama, manakala penggal kedua dan ketiga, masing-masing pada Jun dan November tahun berikutnya.
          Kelebihan sistem ini ialah pelajar yang gagal dalam peperiksaan penggal pertama dan kedua dibenarkan mengulanginya selepas keputusan penggal ketiga dikeluarkan bagi membolehkan mereka memperbaiki keputusan sebelumya.
       Pembaharuan ini dilaksanakan bertujuan memantapkan sistem penilaian agar lebih holistik dan tdak membebankan pelajar.
Diharapkan sisitem penilaian ini dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar mencapai keputusan lebih baik. INSYAALLAH.